Cristiano Ronaldo salah seorang dari 10 pemilik kereta Bugatti Centodieci berharga RM44.7 Juta

oleh SALINA JALIL|
Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo menambah koleksi kereta mewahnya dengan membeli sebuah kereta berjenama Bugatti yang bernilai 8 juta pound (RM44.7 juta).


Menurut laporan The Sun UK, kereta sport Centodieci itu cuma akan dikeluarkan sebanyak 10 unit sahaja oleh syarikat pengeluar kenderaan dari negara Perancis itu dan kesemuanya telah pun ditempah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pemain Portugal itu mengumpulkan koleksi kereta mewah itu hasil daripada kekayaan aksi bola sepaknya serta pengaruh komersial sekali gus menempatkan beliau di tempat keempat dalam senarai atlet dunia paling kaya majalah kewangan Forbes.

 

Sehingga hari ini, bintang dari Portugal itu dilaporkan mempunyai aset bernilai sehingga AS$500 juta (RM2 bilion).

 

Menurut pengedar Bugatti di Sepanyol, bintang Juventus itu berhasrat untuk membeli kereta mewah yang mampu mencapai kelajuan 380km/j itu sebagai hadiah hari ulang tahunnya.

 

Model itu dikhabarkan mempunyai enjin 16 selinder yang menghasilkan 1,600 kuasa kuda untuk mencapai kepantasan 0 hingga 100km/j dalam tempoh 2.4 saat.

 

Bagaimanapun dia perlu menunggu sehingga tahun 2022 untuk memandu Centodieci tersebut kerana kereta itu masih dalam fasa pengeluaran dan masih dalam sesi ujian untuk mendapatkan prestasi yang maksimum.

 

Pembelian terbaharu itu menjadikan jumlah terkumpul koleksi kereta mewahnya ialah sebanyak 20 buah kenderaan termasuk Bugatti Chiron.

 

rear centodieci

 

The Sun UK

Berita Berkenaan

Berita Global
Kegemaran beliau membawa kereta-kereta eksotik ketika latihan mungkin akan tamat menerusi ketibaan…
Gaya Hidup
    Kereta itu dikatakan dicetus menerusi inspirasi sejarah Bugatti. Ia berwarna hitam dan…
Berita Global
  Skuad kendalian Andrea Pirlo tercicir dari kelompok empat teratas susulan kekalahan itu dan kini…