Crighton CR700W - enjin rotari 690 cc, 220 hp, 25 unit sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Enjin rotari telah lama 'dihentikan produksi' sejak pengakhiran model Mazda RX-8 pada tahun 2012, dan sejak daripada itu, memang ada kedengaran enjin tersebut akan diproduksikan semula oleh Mazda dengan teknologi yang lebih moden.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam dunia motosikal dua roda, enjin rotari membuat kemunculan kembali menerusi pengenalan model Crighton CR700W yang disifatkan sebagai jentera litar terulung.

Dari segi spesifikasi, Crighton CR700W menggunakan nadi rotari rotor berkembar 690 cc yang mampu mengekstrak 220 kuasa kuda @ 10,500 rpm dan daya kilas 142 Nm pada putaran enjin 9,500 rpm.
 

CR700W


Jadi secara asasnya, jentera ini sebenarnya mampu menghasilkan 319 hp per liter, jauh lebih berkuasa berbanding mana-mana jentera MotoGP!

Antara kelebihan enjin rotari adalah saiznya yang kompak dan kurang komponen yang bergerak, dan disebabkan itu berat keseluruhan pemasangan enjin cuma seberat 24 kg, dan mencecah 43 kg apabila kotak gear enam kelajuan dipasang.
 

CR700W


Casis jentera ini diperbuat daripada rangka aloi aluminium 7000-series Spondon, digandingkan dengan roda gentian karbon Dymag.

Jika dicampur berat secara keseluruhan, CR700W hanyalah sekitar 129 kg sahaja, jauh lebih ringan jika dibandingkan dengan Ducati Superleggera V4 (152 kg).

Lelaki yang bertanggungjawab di sebalik jentera ini ialah Brian Crighton - bekas juara tiga kali kejuaraan British dalam kelas 50 cc, serta pernah meraih kemenangan sebanyak tiga kali dalam kelas 750 cc pada tahun 1989, 1990 dan 1994 menggunakan motosikal bernadikan rotari.
 

CR700QW


Harga jualan bermula dari £85,000 (RM477,100) bergantung kepada pemilihan suspensi Ohlins atau Bitubo, serta penyesuaian untuk digunakan sebagai jentera jalanan atau jentera litar sahaja.

Berita buruknya, hanya 25 unit sahaja motosikal rotari ini akan dibina.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Segmen tradisional atau lebih tepat lagi motosikal berenjin pembakaran dalaman di Vietnam kini…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…