CR-V model terlaris Honda di AS, Civic kedua sepanjang 2019

oleh Muhammad Md Tajudin|
Selepas China, Amerika Syarikat adalah pasaran kedua terbesar dengan jumlah jualan kenderaan sebanyak 17.3 juta unit pada 2018.

Dengan jumlah pasaran yang besar membolehkan pengeluar menawarkan pelbagai model menarik dengan teknologi canggih.

AS juga adalah pasaran yang sentiasa diperhatikan sebagai penanda aras pelancaran model-model baharu. Di antara jenama yang kerap diperhatikan ialah Honda.

Model ternama seperti Civic, Accord dan CR-V sentiasa dinantikan untuk dijadikan rujukan pasaran luar. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda Civic

 

Honda juga sangat berjaya dan menjadi jenama kegemaran pengguna di sana. Pada tahun 2019, jualan Honda ialah sebanyak 1,450,785 unit. Jumlah itu 0.3 peratus lebih tinggi berbanding 2018.

Model manakah menjadi kegemaran pengguna Amerika Syarikat?

Jawapannya ialah Honda CR-V dengan jualan sebanyak 384,168 unit. Satu keistimewaan CR-V ialah ciri-cirinya yang serba menarik sama ada dari segi reka bentuk, nadi kuasa, keselamatan dan keselesaan.

Apa yang Honda bawa pada CR-V ialah pakejnya yang sempurna. Ciri itu juga boleh dilihat pada CR-V pasaran tempatan.

Di tempat kedua ialah Civic dengan jualan 325,650 unit dan tempat ketiga diduduki oleh sebuah lagi sedan iaitu Accord sebanyak 267,567 unit.

 

Honda Accord

 

Sebuah lagi model yang popular di kalangan pengguna negara kita iaitu HR-V mencatat jualan 99,104 unit di AS. Honda Fit atau Jazz yang juga popular terjual sebanyak 35,414 unit.

Satu lagi perkara menarik ialah CR-Z masih dijual di sana. Pada tahun 2019, model hibrid sporti itu terjual sebanyak dua unit berbanding 38 unit pada 2018.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…