CR-V model Honda paling digemari di Amerika Syarikat, Civic kedua popular (Jan - Ogos '19)

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda CR-V adalah SUV yang bagus, saiz seimbang, enjin berkuasa, reka bentuk menarik, pendek kata pakejnya memang sempurna. Suatu yang tidak menghairankan apabila CR-V adalah model Honda terlaris di Amerika Syarikat.

Honda pada 4 September lalu mengumumkan prestasi jualan dari Januari hingga Ogos 2019 di AS yang menyaksikan CR-V terjual sebanyak 254,835 unit. 

Jika dibuat perbandingan untuk tempoh sama tahun lalu, jualan CR-V meningkat sebanyak 3.2 peratus daripada 247,034 unit. Pada bulan Ogos 2019, jualan CR-V adalah sebanyak 44,235 unit. Prestasi ini menunjukkan jualan CR-V sentiasa konsisten dari tahun ke tahun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Honda Pilot
Honda Pilot

 

Bukan sahaja CR-V, dua lagi SUV Honda iaitu Pilot dan Passport menunjukkan jualan yang baik. Pilot terjual sebanyak 94,707 unit manakala Passport berjumlah 22,233 unit dari Januari hingga Ogos 2019.

Bagaimana pula dengan hero si Civic? Model ini tetap popular di kalangan pengguna di AS dengan jualan sebanyak 233,147 unit yang menjadikannya model kedua terlaris.

Sama seperti CR-V, jualan Civic turut konsisten dengan 230,230 unit dalam tempoh sama tahun lalu. Ini satu prestasi hebat memandangkan Civic berada di tahun keempat di pasaran AS.

 

Honda Civic

 

Sebuah lagi kereta penumpang iaitu Accord turut mencatat jualan bagus sebanyak 184,137 unit. Cuma berbeza dengan CR-V dan Civic, jualan Accord dari Januari hingga Ogos 2018 lebih tinggi iaitu sebanyak 189,942 unit.

Selain itu model kecil molek Honda Fit (Jazz) mencatat jualan sebanyak 24,561 unit dan ia lebih rendah daripada Januari hingga Ogos tahun lalu dengan jumlah 31,427 unit. 

Dari prestasi jualan ini boleh disimpulkan bahawa segmen kereta penumpang dan SUV paling digemari pelanggan Honda di AS. 

Secara keseluruhan jualan Honda dari Januari hingga Ogos 2019 berada di kedudukan yang baik iaitu sebanyak 990,569 unit. Jumlah tersebut meningkat 1.8 peratus daripada 973,357 dalam tempoh sama tahun lalu.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Honda Accord

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebagai contoh Honda memasarkan CB125R yang menggunakan enjin paling kecil dalam siri Neo…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…
Berita Global
  Jarak roda juga sama iaitu 2,830 mm. Dari sisi, Accord nampak begitu panjang dan disumbang oleh…