CR mungkin tidak akan dibenarkan bawa koleksi supercar pergi berlatih

oleh Mohamad Hanif|
Bintang bola sepak Cristiano Ronaldo memang penggemar supercar, malah beliau dikenali memiliki koleksi supercar seperti Lamborghini Aventador, Chevrolet Camaro, Ferrari F12 TDF, McLaren Senna serta sebuah Bugatti Centodieci edisi terhad.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kegemaran beliau membawa kereta-kereta eksotik ketika latihan mungkin akan tamat menerusi ketibaan pengurus sementara pasukan Manchester United, Ralf Rangnick.

Menurut laporan daripada Mirror UK, pengurus pasukan berusia 63 tahun itu sebelum ini dilaporkan mengambil langkah ekstrem dengan mengarahkan para pemainnya untuk menggunakan kereta syarikat ketika menjalani latihan sewaktu berkhidmat di dalam pasukan RB Leipzig.
 

Bugatti


Teknik pengurusan Rangnick yang unik dan tegas itu berkemungkinan menyebabkan Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukannya bakal berhadapan dengan peraturan ketat yang serupa.

Ralf Rangnick terkenal dengan gaya kejurulatihannya dan beliau merupakan yang pertama di Jerman untuk menggaji seorang penganalisis video, selain meyakinkan pasukannya sebelum ini RB Leipzig untuk melabur £1 juta untuk Soccerbort, alat simulasi tercanggih yang membolehkan para pemain 'berlatih' di dalam simulasi 360 darjah.

Sumber: Mirror UK

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
    Kereta itu dikatakan dicetus menerusi inspirasi sejarah Bugatti. Ia berwarna hitam dan…
Berita Global
  Skuad kendalian Andrea Pirlo tercicir dari kelompok empat teratas susulan kekalahan itu dan kini…
Berita Global
Ronaldo, 36, menghabiskan hampir sepanjang tempoh kuarantin tahun lalu di Madeira dan dipercayai…