CPSM sahut baik langkah mewajibkan pemasangan kerusi kanak-kanak

oleh Mohamad Hanif|
Child Passenger Safety Malaysia (CPSM) menyahut baik pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dua hari yang lalu berkenaan pelaksanaan mewajibkan pemasangan kerusi kanak-kanak (child restraint system, CRS) bermula tahun 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

CPSM, sebuah badan NGO yang giat menjalankan kempen keselamatan sejak dua tahun lalu sebelum ini pernah meminta kerajaan dan pihak berkuasa supaya mengambil langkah tegas di dalam isu mendidik rakyat terutama golongan ibu bapa dalam penggunaan kerusi khas untuk kanak-kanak. 

Kecelakaan yang melibatkan kenderaan merupakan punca utama kadar kematian kanak-kanak di kalangan umur 0-14 tahun mengikut data daripada Jabatan Statistik Malaysia, dan menurut statistik tahunan yang dikeluarkan pada tahun 2017 (PDRM), sebanyak 449 kes kemalangan dicatatkan melibatkan kanak-kanak yang berusia 0-10 tahun. 

Dengan pengumuman yang dibuat, CPSM berharap pihak kerajaan tidak akan mengenepikan peranan yang telah dijalankan oleh mereka di dalam usaha untuk menjalankan kempen keselamatan di kalangan ibu bapa.
 


CPSM sehingga kini telah mempunyai rekod sehingga 30,000 orang golongan ibu bapa yang menyokong penuh pergerakan Rakyat Malaysia dalam menjadikan jalan raya tempat yang selamat untuk kanak-kanak. 

Sehingga pelaksanaan penuh undang-undang mewajibkan pemasangan kerusi kanak-kanak dijalankan, CPSM akan terus berusaha untuk mendorong golongan ibu bapa dan umum supaya menjadikan keselamatan kanak-kanak sebagai satu sumbangan untuk generasi akan datang. 

Bagi memastikan perancangan tersebut berjalan lancar, CPSM sudah pun merangka beberapa kempen seperti kursus Child Passenger Safety Technician Certification pada April 2019 bagi memberikan pendedahan kepada individu berkenaan keselamatan penumpang kanak-kanak di Malaysia. 

Selain daripada itu, CPSM juga telah mencatatkan beberapa program advokasi dan pelan komunikasi bermula bulan ini dalam menyampaikan mesej ringkas yang mampu menarik minat golongan ibu bapa bahawa kanak-kanak juga wajar diberikan perlindungan di dalam kereta. 
 


Langkah pendidikan pemasangan dan penggunaan kerusi kanak-kanak ini akan dimulakan di beberapa buah negeri di utara untuk suku pertama tahun 2019, termasuklah kelas khusus, ceramah di dalam komuniti dan menerbitkan artikel berkenaan isu ini di beberapa penerbitan terkemuka. 

CPSM juga berharap pendekatan di media sosial juga akan bertambah sehingga 50% yang mensasarkan golongan ibu bapa urban, pada Mac 2019.
 


CPSM - Siapa kami?

CPS Malaysia PLT atau Child Passenger Safety Malaysia (CPSM) merupakan organisasi bukan kerajaan yang menjalankan kempen mendidik masyarakat umum terhadap kepentingan menggunakan CRS di dalam kenderaan. 

Ditubuhkan pada Julai 2016, CPSM bekerjasama dengan beberapa organisasi dalam mempromosikan keselamatan penumpang kanak-kanak di jalan raya, 

Antara agenda CPSM termasuklah kempen keselamatan, kelas asas pemasangan kerusi kanak-kanak denga betul serta memberikan tunjuk ajar posisi kedudukan kanak-kanak yang sebaiknya di dalam kenderaan. 

CPSM juga memberikan ceramah, kelas, latihan dan bengkel kepada para peguam, penguatkuasa undang-undang, professional kesihatan, guru dan juga masyarakat umum yang mahu mempelajari akan keselamatan penumpang kanak-kanak. 

Misi CPSM

Usaha untuk mengurangkan bilangan kecederaan trakfik yang serius di kalangan kanak-kanak dengan cara tegas terhadap keselamatan penumpang kanak-kanak, mempromosikan penggunaan CRS, tali pinggang keledar serta memberikan pendidikan umum terhadap keselamatan trafik. 

Visi CPSM

Sifar kematian kanak-kanak akibat daripada tidak menggunakan CRS di dalam kenderaan.  

Berita Berkenaan

Informasi
  CPSM sebagai salah satu anggota Majlis Keselamatan Jalan Raya Selangor (MKJR Selangor) telah…