COVID19: Polis akan bertindak tegas jika orang awam berdegil

oleh HEZERI SAMSURI|
Polis tidak akan teragak-agak untuk bertindak tegas sekiranya orang awam melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

Ini diberitahu oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tindakan tegas di bawah Seksyen 186 dan Selksyen 188 Kanun Keseksaan (KK) boleh digunakan di mana Seksyen 186 KK adalah berkaitan menghalang penjawat awam melakukan kerja-kerjanya dan Seksyen 188 KK pula ialah mengingkari perintah yang diisytiharkan oleh kerajaan.

Seramai 5,000 orang pegawai dan anggota polis di Kuala Lumpur dikerahkan untuk bertugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed pula berkata ada segelintir yang membawa ahli keluarga beramai-ramai di dalam kenderaan masing-masing.

"Beramai-ramai di dalam kenderaan turut menyumbang kepada risiko penyebaran COVID-19,"ujar Arjunaidi.

Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa pada Rabu sehingga 31 Mac nanti bagi mencegah penularan wabak COVID19 daripada terus merebak di negara ini.

Ia akan dilanjutkan sekiranya tiada penurunan dilihat.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…
Berita Domestik
Pemangku Ketua Polis Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata pemuda tempatan…
Berita Global
Selain daripada barisan kereta sports dan supercar, ada juga pihak yang mula menggunakan kereta…