COVID-19 - WHO berpuas hati tahap kesiapsiagaan Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berpuas hati dengan kesiapsiagaan Malaysia dalam menghadapi penularan COVID-19 di negara ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkara itu dimaklumkan dalam mesyuarat antara WHO dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini.

“Apa yang Malaysia lakukan ialah kaedah pertama iaitu MCO (Movement Control Order) atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya kepada pemberita pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di KKM di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata kaedah kedua Malaysia mengawal penularan COVID-19 pula ialah dengan melakukan active case detection (pengesanan kes secara aktif) iaitu mencari (pesakit yang positif), uji, asing dan rawat.

Selain itu, Malaysia turut mengenal pasti kumpulan sasaran COVID-19 iaitu mereka yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, pendatang tanpa izin dan masyarakat Rohingya, katanya.

Dr Noor Hisham berkata KKM juga telah berbincang dengan pihak berkuasa tempatan untuk melakukan pembersihan kawasan awam yang dijangka dilaksanakan dalam sehari dua lagi.

Ditanya mengenai jumlah doktor di Malaysia pada masa ini, beliau berkata setakat ini bilangan doktor mencukupi dan KKM menyasarkan untuk mendapatkan khidmat 3,000 pesara jururawat dan petugas kesihatan.

“Namun KKM  tidak tunggu hingga 3,000 pesara datang mendaftar baru ambil mereka bekerja. Mana  yang ada kemahiran contohnya di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan wad, KKM sudah ambil...kini 1,000 lebih pesara petugas kesihatan sudah ditempatkan di Hospital Sungai Buloh,” katanya.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…