COVID-19: Warga PLUS salur bantuan kepada 7 hospital

oleh Mohamad Hanif|
Seramai 3,800 warga kerja PLUS Malaysia Berhad (PLUS) merangkumi Pembantu Khidmat Pelanggan, anggota PLUSRonda , petugas Pusat Kawalan Trafik, kakitangan eksekutif dan kakitangan pengurusan kanan telah sama-sama berganding bahu mengumpul lebih daripada RM128,000 untuk disalurkan kepada 7 buah hospital yang terletak berhampiran jajaran lebuhraya PLUS bagi membendung penularan wabak Covid-19.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dengan peningkatan kes jangkitan Covid-19 baru-baru ini, kakitangan PLUS amat terharu apabila mengetahui bahawa sumbangan ikhlas mereka dapat digunakan untuk membantu pihak hospital bagi menangani wabak Covid-19 ini.

Di antara hospital yang menerima sumbangan warga PLUS adalah Hospital Tuanku Ja’afar di Seremban, Hospital Sultanah
Aminah di Johor Bahru, Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di Kluang, Hospital Melaka, Hospital Tuanku Ampuan Rahimah di Klang, Hospital Selayang dan juga Hospital Serdang.

“Sumbangan daripada Warga PLUS adalah bertepatan dengan nilai korporat PLUS iaitu menjaga komuniti di sepanjang jajaran lebuh raya. Kakitangan barisan hadapan perubatan amat memerlukan sokongan dari segi bantuan perubatan dan peralatan keselamatan dalam memerangi Covid-19,” jelas Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS.
 


Tabung Warga PLUS Prihatin (TWPP) telah ditubuhkan sebagai satu inisiatif buat Warga PLUS untuk menyalurkan sumbangan peribadi masing-masing dalam pada masa yang sama, pihak PLUS Malaysia terus berusaha untuk menyalurkan sumbangan tersebut kepada pihak hospital yang memerlukan sokongan.

Tujuh buah hospital telah dipilih berdasarkan lokasi berada dalam lingkungan 30 kilometer di sekitar lebuh raya beroperasi, namun yang penting sumbangan tersebut dapat membantu kakitangan barisan hadapan perubatan membendung wabak Covid-19.

Sepanjang tempoh 3 bulan kutipan dijalankan, TWPP berjaya mengumpul lebih daripada RM128,000. Hasil kutipan tersebut telah digunakan untuk membantu pihak hospital terbabit mendapatkan bekalan dan peralatan perubatan untuk memberikan rawatan kepada pesakit Covid-19.

“Kepada setiap warga kerja PLUS yang telah menyalurkan sumbangan, mereka patut berasa bangga kerana dengan sumbangan yang telah diberikan tidak kira berapa jumlahnya, ia dapat membantu kakitangan barisan hadapan perubatan di hospital terbabit, dan saya juga percaya bahawa sumbangan itu mampu menyelamatkan nyawa,” tambah Datuk Azman.

“Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan pihak PLUS dan seluruh warga kerjanya dalam memberikan sumbangan kepada hospital ini bagi membantu menangani wabak Covid-19. Seluruh kakitangan perubatan di hospital ini sangat menghargai jasa baik dan inisiatif PLUS bagi membantu kami,” ujar Dr. Azura Abu Bakar, Pengarah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.
 


“Saya serta seluruh petugas Hospital Tuanku Ja'afar berbesar hati menerima sumbangan daripada pihak PLUS dan kesudian dalam sama-sama membantu petugas kesihatan amnya di Negeri Sembilan bagi membantu pesakit, sekaligus menangani penularan wabak Covid-19 ini. Kita masih belum menang, marilah kita bekerjasama melawan Covid-19,” jelas Dr. Zaleha Md Noor, Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.

Walaupun tahun 2020 adalah tahun yang agak mencabar bagi PLUS, namun apa yang menjadi perhatian adalah untuk menjadi lebih prihatin kepada semua, tidak kira sama ada mereka adalah pelanggan lebuh raya atau komuniti di sekitar lebuh raya, kerana sebagai Rakan Negara, PLUS tetap percaya dengan semangat “Kita Jaga Kita”.

Terdahulu pada April lalu, PLUS juga telah menyumbang sebanyak RM1.2 juta dalam bentuk peralatan perubatan dan peralatan perlindungan peribadi (PPE) kepada dua buah hospital utama Covid-19 iaitu Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh bagi membantu kedua-dua hospital tersebut menangani Covid-19.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…