COVID-19: Volvo mula bekerja esok

oleh HEZERI SAMSURI|
Kilang pemasangan Volvo Cars di Torslanda, Sweden akan mula beroperasi kembali esok (20 April) selepas ditutup untuk tempoh kawalan pergerakan akibat wabak coronavirus.

Volvo berbuat demikian selepas berbincang dengan kesatuan pekerjanya. Ia juga akan membuka pejabatnya kembali setelah persiapan dilakukan untuk memastikan kesihatan pekerja terjamin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Volvo juga sudah menghubungi rakan kongsi dan pembekal-pembekal mereka dalam memastikan ia masih mampu menghasilkan produk mereka.

Komponen-komponen penting Volvo datang dari kilang mereka sendiri di Sweden (enjin dan panel badan) dan juga dari China. Kilang-kilang ini memang beroperasi, terutama di China.

Ini mungkin antara sebab kenapa Volvo sudah boleh memulakan operasi pemasangan kenderaan kerana ia sudah boleh mendapat bekalan komponen.

Namun begitu, kerajaan Sweden semakin mengetatkan pergerakan setelah jumlah kematian akibat COVID-19 di negara itu meningkat dengan mendadak.

Sehingga 17 April, sebanyak 12,500 kes wabak tersebut dilaporkan di Sweden dengan jumlah kematian melebihi 1,300 nyawa.

Semalam, kerajaan Sweden bersetuju memberikan parlimennya kuasa khas untuk mengubah undang-undang tanpa memerlukan sokongan dari wakil parlimen. 

Ini dilakukan agar isu-isu kesihatan umum mampu ditangani dengan segera.

Selain dari Volvo, Volkswagen, Toyota, Hyundai dan Renault akan membuka kilang-kilang mereka di Eropah bermula minggu ini juga.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…