COVID-19: UMW Toyota Motor sumbang PPE kepada petugas baris hadapan

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor menerusi salah satu daripada anak syarikatnya, Toyota Boshoku UMW Sdn Bhd kini membantu menghasilkan kelengkapan perlindungan diri (PPE) untuk diagihkan kepada petugas-petugas baris hadapan di hospital.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, K Ravindran berkata, "inilah masanya kami mahu berperanan sebagai syarikat korporat yang bertanggungjawab, dan membantu dengan cara yang termampu bagi memudahkan urusan petugas baris hadapan.

"Dengan kemudahan untuk menghasilkan PPE, kami membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menambah stok dengan lebih cepat tanpa sebarang kos berbanding terpaksa mendapatnnya dari luar negara.

 


TBU berperanan di dalam penghasilkan kerusi kenderaan, kemasan pintu serta talam pengalas yang digunakan pada kenderaan yang dipasang di Malaysia.

Dengan kemudahan mesin pemotong reka letak automatik dan mesin jahit industri, serta 75 pekerja mahir, TBU menjangkakan penghasilan sehingga 1,500 unit PPE sehari dan telah pun menyerahkan 10,000 unit kumpulan pertama kepada KKM hari ini.

"Toyota Motor Corporation dengan aktifnya menyokong apa juga usaha di banyak negara untuk mengatasi pandemik global ini. Sokongan tertakluk kepada keperluan, dan di Malaysia, kami sedar PPE menjadi keperluan mendesak bagi petugas kesihatan. Jadi, bersama anak syarikat kami, Toyota Boshoku Corporation, kami memberi tumpuan untuk membantu dengan cara ini," jelas Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran terdahulu, Hiace Panel Van kini didatangkan dengan enjin diesel turbo 3.0…
Informasi
Bukan itu sahaja, sejak generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2003, ia kekal menjadi sedan…
Berita Domestik
Setakat November, UMWT telah berjaya mencatatkan jumlah jualan sebanyak 97,705 unit, peningkatan 7.…