UM dalam satu kenyataan hari ini menyatakan, pintu masuk dan keluar universiti itu kini hanya boleh digunakan kakitangan, pelajar, kakitangan Pusat Perubatan UM dan Pusat Pakar UM, sehingga satu tempoh dimaklumkan.
"Kampus adalah tertutup kepada orang awam. Pelawat memasuki kampus untuk perkara rasmi, e-hailing dan perkhidmatan penghantaran makanan, dikehendaki untuk mendaftarkan diri kepada pegawai keselamatan di pintu masuk kampus," katanya.
Sumber - BERNAMA