COVID-19: Trump arah GM buat ventilator sekarang!

oleh HEZERI SAMSURI|
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengarahkan General Motors (GM) untuk menghasilkan ventilator bagi mangsa wabak COVID-19.

Trump menggunakan Akta Penghasilan untuk Pertahanan (Defense Production Act) ke atas GM, beberapa jam selepas beliau mengkritik GM kerana tidak berusaha dengan segera untuk menghasilkan kelengkapan untuk merawat pesakit COVID-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Akta zaman perang Korea itu membolehkan syarikat-syarikat US untuk menghasilkan bahan-bahan yang kekurangan bekalan ketika serangan wabak yang semakin serius.

Sebelum itu GM sudah pun mengumumkan rancangan mereka untuk mengahsilkan ventilator dan akan mula mengedarnya seawal bulan hadapan.

GM juga sebelum itu mengumumkan ia akan menderma kepakaran dan kebolehannya untuk menghasilkan ventilator tersebut.

* Laporan asal dari CNBC

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Beliau membuat kenyataan tersebut semasa satu acara di Ohio. Sewaktu beliau menjadi Presiden,…
Berita Global
Tindakan GM dan Nissan itu mendapat pujian dari Presiden baharu, Joe Biden yang akan memegang…
Berita Global
Almaklumlah, kat sana piston dan mesingan mudah untuk didapati... Antara model kereta yang popular…