COVID-19: Tren Rapid KL laksanakan saringan suhu badan sebelum naiki tren

oleh SALINA JALIL|
Semua pengguna tren Rapid KL yang menggunakan perkhidmatan itu bermula esok diwajibkan mengikuti beberapa langkah kawalan pergerakan penumpang yang ditetapkan bagi memastikan penjarakan sosial dan kesesakan dapat dielak semasa berada di platform dan tren.


Menerusi notis yang disiarkan di media sosial Rapid KL, hanya sebilangan penumpang yang dibenarkan masuk dan bergerak serta penumpang dijangka mengalami masa menunggu dan perjalanan lebih lama daripada biasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Pemeriksaan suhu badan akan dijalankan sebelum penumpang dibenarkan masuk ke dalam stesen dan penumpang yang mempunyai suhu badan yang tinggi perlu mengelak daripada menggunakan pengangkutan awam.

 

"Pegawai stesen juga akan mengawal pergerakan penumpang sebelum atau selepas pintu automatik. Penumpang juga dinasihatkan sentiasa memakai penutup hidung dan mulut dan menggunakan cecair pembasmi kuman," menurut notis itu. 

 

Penumpang turut dinasihat mengamalkan penjarakan sosial semasa berada di platform dan tren dengan berdiri di tempat yang ditanda garisan merah dan tidak duduk di kerusi yang dilekatkan dengan notis dan bertanda 'X'.

 

Sementara itu, jurucakap Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ketika dihubungi memaklumkan peraturan dikeluarkan oleh Rapid KL itu adalah berdasarkan garis panduan Kementerian Pengangkutan. 

 

Kerajaan hari ini memaklumkan hanya separuh penumpang daripada kapasiti sebenar dalam pengangkutan awam dibenarkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi memastikan penjarakan sosial dipatuhi orang ramai.

 

 

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…