COVID-19 - Toyota 'tutup' lima kilang di Jepun akibat kekurangan permintaan

oleh Mohamad Hanif|
Melihatkan kepada permintaan global yang menurun disebabkan COVID-19, Toyota membuat keputusan untuk menghentikan sementara barisan produksi di lima kilang utama Jepun bermula 3 April ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Langkah ini bakal menyaksikan kira-kira 36,000 unit kenderaan bakal dikeluarkan buat sementara waktu daripada jadual pemasangan, melibatkan kilang di Takaoka, Tsutsumi, Tahara, Kyushu, dan kilang Hamura yang dioperasikan oleh Hino. 

Kilang Takaoka dan Tsutsumi akan mula menghentikan sementara operasi pada 3 April sehingga 7 April, manakala dua barisan produksi di Tahara akan ditutup bermula 3 sehingga 14 April ini. 

Kilang Kyushu pula menerima nasib yang sama sehingga 15 April ini, manakala kilang Hamura yang memproduksikan Land Cruiser Prado dan FJ Cruiser hanya dihentikan bermula 3 sehingga 6 April. 

Toyota tidak memberikan informasi lanjut berkenaan pasaran eksport yang terjejas akibat langkah ini. 

Sumber: Automotive News Europe

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira sebilangan besar…
Berita Global
Toyota bakal membina fasiliti pemasangan kenderaan pertama di Myanmar, sekaligus merangkap kilang…