COVID-19 - Toyota bantu US hasilkan topeng muka, ventilator!

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini, tiga pengeluar besar Amerika Syarikat iaitu Ford, General Motors dan Tesla telah pun dikerahkan untuk membekalkan peralatan perubatan bagi menyokong barisan hadapan melawan penularan COVID-19.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Terkini, Toyota juga turut bersetuju untuk menyumbang tenaga membekalkan topeng serta pelindung muka untuk kakitangan perubatan di sana.

Malah, Toyota juga akan menyokong mempercepatkan penghasilkan ventilator dan alat bantuan pernafasan dengan kerjasama dua syarikat yang tidak dinamakan.

Menurut Ted Ogawa, bakal CEO Toyota Manufacturing Amerika Utara berkata, "salah satu daripada nilai utama Toyota adalah untuk menyumbang kembali kepada masyarakat menerusi cara yang lebih bermakna, dan melangkaui kapasiti kami sebagai penyedia solusi mobiliti kepada para pelanggan kami.

"Ini merupakan cara kami untuk memberitahu kepada syarikat pembekal peralatan perubatan, kami sedia untuk membantu, maka gunakanlah kepakaran kami!"

Toyota akan membekalkan topeng muka dan pelindung muka yang diproduksikan secara massa kepada hospital di Texas, Indiana, Kentucky dan Michigan.

Tidak seperti Ford dan GM, Toyota akan bekerjasama dengan syarikat lain untuk membantu meningkatkan kadar produksi alat ventilator menerusi kepakaran Toyota Production System Support Center.

Selain daripada itu, Toyota juga turut menyumbang dana sebanyak $500,000 (RM2.16 juta) kepada Amerika Syarikat untuk tujuan bantuan kecemasan ketika COVID-19.

Sumber: Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…