COVID-19: Tokyo Auto Salon 2021 dibatalkan!

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah lagi acara besar tahunan yang sepatutnya dianjurkan pada awal tahun hadapan, Tokyo Auto Salon 2021 terpaksa dibatalkan disebabkan peningkatan wabak COVID-19 di negara tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sebagai makluman, Tokyo Auto Salon 2021 dijadualkan berlangsung pada 15-17 Januari 2021 bertempat di dewan Makuhari Messe.

Menurut pengumuman yang dibuat oleh penganjur menerusi laman web rasmi Tokyo Auto Salon 2021, langkah tersebut terpaksa diambil disebabkan pandemik COVID-19 yang tidak menunjukkan tanda-tanda akan surut.

Bagi mereka yang telah pun membeli tiket masuk untuk acara tersebut, wang bayaran akan dikembalikan manakala butiran lanjut hanya akan diterbitkan menerusi laman web rasmi dalam masa terdekat.

Pun begitu, kaki kereta sewajarnya tidak perlu melepaskan peluang untuk berkunjung ke acara besar tersebut secara maya apabila Tokyo Auto Salon 2021 akan dibuka kepada umum menerusi paparan laptop masing-masing pada 15 Januari, jam 9.00 pagi waktu tempatan.

Sumber: Tokyo Auto Salon

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…