COVID-19: Tindakan PKPD mungkin akan dilaksanakan di Selangor

oleh Mohamad Hanif|
Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan beberapa kawasan di Selangor akan diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia selepas pihaknya mendapati terdapat satu atau dua kawasan di Selangor mempunyai taburan jangkitan tertinggi.

“Kita sekarang ini kalau dilihat kepada taburan jangkitan tertinggi adalah di Selangor… yang kita lihat terdapat kawasan atau zon tertinggi (kes jangkitan).

“Satu atau dua zon di Selangor yang mungkin kita akan ambil tindakan seperti mana yang kita ambil di Simpang Renggam,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dalam kemas kini KKM pada Ahad, empat daerah di Selangor iaitu Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Klang telah disenaraikan sebagai zon merah.

Mengulas berkenaan situasi semasa di dua kampung di Simpang Renggam, Noor Hisham berkata

“Jumlah kes positif di Simpang Renggam adalah 97 kes. Kes di Bandar Baharu Ibrahim Majid adalah 81 kes. Di mana melibatkan empat kluster Sri Petaling.

“77 orang yang lain termasuk generasi kedua dan ketiga. Iaitu mereka mungkin bukan kluster Sri Petaling tapi dijangkiti.

“Mereka pergi masjid dan sebagainya, (kemudian) dijangkiti. Generasi kedua dan ketiga, itu 77 orang.

“Kes luar daripada Bandar Baharu Ibrahim Majid adalah 16 kes, satu kluster Sri Petaling dan 15 yang lain-lain,” katanya.

Jelasnya, walaupun tiada kematian direkodkan di kawasan itu, namun proses nyahcemar menerusi PKPD giat dilaksanakan selain pihaknya juga akan menjalankan pemeriksaan dari rumah ke rumah.

Sumber: Astro AWANI

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Jadual perjalanan dari Langkawi ke Kuala Perlis adalah pada 11 pagi, manakala dari Kuala Perlis…
Berita Domestik
Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata industri automotif…
Berita Domestik
Disebabkan perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) yang dilaksanakan pada ketika ini,…