COVID-19: Tidak perlu baharui lesen memandu individu dan perdagangan selama tempoh PKP - Menteri

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong tadi mengumumkan bahawa pemegang lesen memandu individu dan lesen memandu perdagangan tidak perlu memperbaharui lesen mereka sepanjang temph Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ini termasuk lesen- lesen vokasional (GDL dan PSC) dan lesen CDL.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Wee berkata pihak kementerian memahami kesukaran untuk memperbaharui lesen pada tempoh PKP ini dan pengecualian diberikan bermula dari 25 Mac sehingga tamat PKP.

Sebelum ini, pihak JPJ diminta untuk memperbaharui lesen melalui portal mySikap JPJ dan MyEG.

Pemandu bagaimanapun dinasihatkan membawa salinan sijil insurans atau e-cover note sepanjang pemanduan semasa PKP.

Secara ringkasnya, mereka yang sudah tamat lesen memandu atau menunggang dibenarkan untuk terus memandu semasa tempoh PKP tanpa perlu memperbaharui lesen tersebut, tetapi dengan syarat kenderaan itu masih mempunyai insurans yang sah.

Pemegang lesen perlu memperbaharui lesen dalam tempoh 30 hari selepas PKP diisytiharkan berakhir kelak.

Kementerian Pengangkutan telah berbincang dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Takaful Malaysia untuk mengambil inisiatif ini kerana mahu memastikan rakyat Malaysia tidak terputus bekalan makanan semasa tempoh PKP.

Di bawah ialah rekod pemegang lesen jenis GDL yang akan tamat tempoh sah mengikut tarikh:

  • 24 Mac 2020: 328
  • 25 Mac 2020: 385
  • 26 Mac 2020: 356
  • 27 Mac 2020: 357
  • 28 Mac 2020: 348
  • 29 Mac 2020: 315
  • 30 Mac 2020: 369
  • 31 Mac 2020: 295

Sebarang aduan atau pertanyaan boleh di e-mel ke [email protected] atau Whatsapp ke nombor aduan MOT di 019-2907723. Anda juga boleh menelefon ke hotline MOT di 1800-88-7723 (8am - 8pm).

Anda juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Negara di talian 03-88882010.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Namun, pemenang lesen bagi kad orang kelainan upaya (OKU) masih tertakluk syarat ditetapkan Jabatan…
Hezeri Samsuri
Seperti biasa, tidak ada sesiapa muncul dengan kajian lengkap dengan data-data kukuh untuk membantu…
Berita Global
Namun, tidak semua maklumat boleh ditukar dengan mudah lagi-lagi yang berkenaan sifat fitrah semula…