COVID-19: Tiada penerbangan domestik di KLIA kecuali ke Sabah, Sarawak

oleh SALINA JALIL|
Penerbangan domestik Semenanjung Malaysia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak beroperasi kecuali penerbangan ke Sabah dan Sarawak.


Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seperti diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan, penerbangan ke Sabah dan Sarawak dijadualkan seminggu sekali.
Modenas

 

"Bagi warga Malaysia yang pulang ke Sabah dan Sarawak, mereka akan dikuarantin sejurus tiba di Sabah dan Sarawak seperti diumumkan sebelum ini.

 

"Namun penerbangan domestik (Semenanjung) masih dibenarkan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang melalui perkhidmatan Firefly. Semalam seramai 479 penumpang menggunakan lapangan terbang berkenaan," katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan semalam.

 

Beliau berkata, polisi kerajaan berhubung pergerakan antara negeri (interstate travel) masih kekal di mana pergerakan antara negeri tidak dibenarkan kecuali mendapat surat kebenaran daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

"Pergerakan antara negeri hanya dibenarkan untuk kecemasan sahaja seperti kematian ahli keluarga atau isu kesihatan. Surat kebenaran ini boleh diminta dari balai polis yang berdekatan.

 

"Mereka yang terpaksa melakukan perjalanan, sama ada melalui pengangkutan darat dan udara hendaklah mengemukakan surat kebenaran polis," katanya.

 

Ditanya mengenai ada syarikat penerbangan mengiklankan promosi tiket selepas tamat tarikh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketiga pada 28 April ini, Ismail berkata, pihak berkenaan hanya boleh beroperasi apabila dibenarkan oleh kerajaan.

 

"Walaupun mereka telah membuka tempahan tiket tetapi untuk operasi penerbangan ia ditentukan oleh kerajaan. Ada standard operasi prosedur (SOP) tertentu akan diperkenalkan walaupun PKP telah tamat.

 

"Sebagai contoh kalau kita katakan PKP ini tamat pada 28 April, bukan bermakna keesokan harinya mereka sudah boleh beroperasi. Kalau sudah sampai masanya kerajaan benarkan (beroperasi), kita akan benarkan," katanya.

 

 

SH

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut tiga sumber yang rapat dengan isu tersebut menjelaskan, Hyundai berjaya mengelakkan masalah…
Berita Domestik
  “Timbul soalnya adakah tidak serik ke dengan RM1,000 ini atau macam RM5. Bagaimana itu satu,…
Berita Domestik
  Setakat ini, enam penumpang bas dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan dibawa terus ke MAEPS…