COVID-19: Tesla mahu buka kilang walaupun perintah kawalan belum berakhir

oleh HEZERI SAMSURI|
Tesla diberitakan sudah memanggil sejumlah pekerjanya untuk kembali bekerja minggu hadapan di kilang pemasangan kenderaan mereka di San Francisco.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laporan Bloomberg News berkata penyelia-penyelia di kilang Tesla itu sudahpun menghubungi pekerja-pekerja di bahagian cat dan "stamping" untuk melaporkan diri ke kilang pada 29 April ini.

Pekerja juga ditanya samada mereka akan hadir ataupun tidak.

Datuk Bandar San Fransisco, London Nicole Breed berkata Jumaat lalu bahawa perintah pergerakan itu kemungkinan besar akan dilanjutkan. Ia sepatutnya tamat pada 3 Mei.

Agensi Reuters pula berkata Tesla tidak memberi sebarang respon kepada pertanyaan mereka.

* Laporan asal dari Reuters dan Bloomberg News

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…