COVID-19: Tesla bangunkan ventilator guna sistem infotainmen Model 3!

oleh Mohamad Hanif|
Di negara-negara yang memiliki kadar peningkatan kes COVID-19 yang semakin membimbangkan, kekurangan peralatan perubatan seperti ventilator bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh.

Mujur juga ada beberapa pengeluar yang sanggup bertukar bidang dengan menceburi industri pembuatan peralatan perubatan menerusi kerjasama dengan beberapa syarikat pembekal.

Di Amerika Syarikat, Tesla sebagai salah sebuah syarikat gergasi kini mempergunakan Gigafactory yang terletak di New York untuk membangunkan ventilator berskala penuh, dengan menggunakan komponen yang dipinjam daripada kereta elektrik Tesla.

Malah, prototaip ventilator itu berjaya diperlihatkan menerusi satu rakaman video dan menurut pengarah kejuruteraan Joseph Mardall, ventilator itu banyak berkongsi komponen yang digunakan pada Tesla Model 3.

Pakej prototaip ventilator ini menggunakan asas daripada skrin paparan sistem infotainmen Tesla 3, di mana skrin sentuh itu bertindak sebagai antaramuka untuk pemantauan status  pesakit, manakala papan induk pula ditugaskan sebagai sistem komputer utama bagi kawalan injap dan aliran gas pernafasan.

 


Laman Forbes sebelum ini melaporkan 1,000 unit alat ventilator yang dibekalkan oleh Tesla tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan, serta terbukti tidak efektif bagi membantu pesakit COVID-19.

Malah, Tesla turut dikritik kerana melakukan percubaan untuk mencipta  alat ventilator baharu daripada terus menggunakan  rekaan ventilator sedia ada.

Namun, menurut jurutera Tesla, "kami tetap mahu menggunakan komponen yang sedia ada, yang kami faham tahap kebolehpercayaannya, serta terdapat dalam bilangan yang diperlukan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut kenyataan State Administration for Market Regulation (SAMR) di China, Tesla akan memanggil…
Berita Domestik
Dengan beberapa isu yang dihadapi, Tesla dilihat melakukan beberapa langkah baharu tahun ini…
Berita Domestik
Antara keperluan yang perlu dilakukan oleh Tesla ialah memasang sekurang-kurangnya 50 Supercharger…