COVID-19 - Terminal 2 Lapangan Terbang Changi tutup 18 bulan bermula 1 Mei

oleh Mohamad Hanif|
Terminal 2 Lapangan Terbang Changi akan digantung operasinya selama 18 bulan bermula 1 Mei ini, menurut satu pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan semalam (6 April 2020).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mana-mana syarikat penerbangan yang beroperasi di terminal berusia 30 tahun itu akan dipindahkan ke tiga terminal lapangan terbang yang lain, manakala Singapore Airlines akan menyatukan kesemua operasinya di Terminal 3.

Menurut Khaw lagi, penggantungan operasi itu akan membenarkan pengendali Changi Airport Group bersama-sama peruncit, syarikat penerbangan dan firma pengendalian tanah menjimatkan kos operasi pada masa ini.

"Yang lebih penting, ia juga membenarkan kami untuk mempercepatkan kerja-kerja naik taraf di Terminal 2 dalam masa hanya satu tahun sahaja.

Sebelum ini, CAG mengumumkan projek naik taraf Terminal 2 supaya dapat menampung tambahan sehingga lima juta penumpang setahun, dan dijangka siap menjelang 2024.

Sementara itu, operasi penerbangan di Terminal 4 juga telah dikurangkan memandangkan tidak banyak penerbangan yang dikendalikan pada ketika ini.

"Jika terdapat syarikat memilih untuk menangguh atau menyesuaikan jadual penerbangan, CAG juga akan menangguhkan operasi di T4 buat sementara waktu, namun dengan tujuan untuk memulakan semula operasi dengan cepat apabila syarikat penerbangan mengesahkan semula penerbangan," menurut pengendali lapangan terbang tersebut.

Sumber: Channel News Asia

Berita Berkenaan

Informasi
    Manakala tiada mana-mana lapangan terbang di Amerika Syarikat tersenarai dalam tangga 10…
Informasi
  "Malaysia dan Singapura akan melancarkan VTL antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur…