COVID-19: Tayangan Fast9, No Time To Die ditunda (lagi!)

oleh Mohamad Hanif|
Pandemik coronavirus yang tidak selesai sampai ke sudah nampaknya bukan sahaja memberi efek kepada industri automotif, malah industri kreatif juga turut terkesan dengan virus tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Hollywood Reporter, filem yang ditunggu-tunggu ramai Fast 9 (dari siri Fast and Furious) kini mendapat tarikh tayangan baharu iaitu pada 28 Mei 2021 berbanding tarikh asal 2 April 2021.

Kenapa pula F9: The Fast Saga terpaksa ditangguhkan jadual tayangannya?

Keputusan tersebut dibuat memandangkan sebuah lagi filem yang dinantikan ramai - No Time To Die (James Bond) kini mendapat tarikh baharu (2 April, 2021) setelah perancangan sebenar untuk menayangkannya tahun ini tidak kesampaian akibat COVID-19 (tarikh asal 3 April 2020).

Jadi, pertembungan dua movie blockbuster pada tarikh yang sama bukanlah satu perkara yang baik, apatah lagi masyarakat kini terpaksa berhati-hati untuk menonton wayang dalam norma baharu, melihatkan kepada kes COVID-19 yang tidak surut saban hari.

 


Namun, pihak penerbit filem tersebut berharap kadar jangkitan kes COVID-19 akan berkurangan untuk beberapa bulan akan datang dan membolehkan lebih ramai orang untuk menonton filem yang dinantikan itu.

Filem kesembilan francais Fast and Furious, F9: The Fast Saga bakal menjadi satu penarik melihatkan kepada kembalinya watak Han (yang sebelum ini 'mati' dalam Tokyo Drift) dengan Supra orennya, serta kehadiran watak baharu abang kepada Dominic Toretto yang dibintangi oleh John Cena.

 


Manakala filem No Time To Die pula bakal menyaksikan pelakon Daniel Craig memegang watak James Bond buat kali terakhir dan menyajikan pelbagai aksi menarik yang terdiri daripada kereta-kereta klasik dan baharu dari Aston Martin.

 


Baca: Land Rover Defender beraksi dalam No Time To Die

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk menaikkan lagi keseronokan, penerbit filem telah memuat naik sebuah lagi trailer berdurasi…