Covid-19: Super GT Malaysia ditangguhkan

oleh SALINA JALIL|
Berikut pandemik Covid-19 yang masih belum menampakkan penurunan, penganjur perlumbaan Siri Super GT, GT Association Co Ltd (GTA) memutuskan untuk menangguhkan Siri Super GT Autobacs 2020.


Penangguhan ini turut memberi kesan kepada pusingan kelima serta Festival Super GT Malaysia yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang dari 16 hingga 19 Julai ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menerusi rundingan yang dilakukan oleh GTA bersama pihak yang berkaitan, HARO Sports & Entertainment Sdn Bhd (HARO) memaklumkan bahawa mereka akan memutuskan tarikh baru yang akan dimaklumkan kelak.

 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, penganjur menyatakan tidak membayangkan bahawa keadaan seperti ini akan berlaku selepas mengambil keputusan untuk membawa perlumbaan itu kembali ke Malaysia selepas enam tahun.

 

Namun keputusan itu terpaksa di ambil demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua pihak yang berkaitan iaitu peminat tempatan, penonton, pasukan, rakan kongsi, vendor acara dan kakitangan yang terbabit.

 

HARO Sports & Entertainment akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memantau wabak pandemik dan tarikh baru akan diumumkan sebaik sahaja wabak Covid-19 tidak lagi menjadi ancaman.

 

Bagi mereka yang sudah membeli tiket tidak perlu bimbang kerana ia masih sah digunakan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…