COVID-19: Sungai Melaka hijau berseri

oleh HEZERI SAMSURI|
Sungai Melaka kini menjadi perbualan ramai di negeri tersebut kerana airnya kini menjadi jernih semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Air sungai yang menyusuri kawasan-kawasan pelancongan bandar Melaka sebelum ini keruh dan berwarna seperti teh susu.

Hasil tinjauan Bernama mendapati airnya kini jernih dan menghijau sehinggakan ikan-ikan dapat dilihat jelas.

Sungai yang bersih adalah satu perkara biasa di negara-negara maju. Persoalannya sekarang, adakah sungai-sungai di Malaysia yang sekarang ini sudah jernih akan terus jernih selepas tempoh PKP tamat?

Apakah yang akan dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan untuk memastikan keadaan semula jadi ini kekal bersih atau adakah kesemuanya memandang ke langit dan bersiul sambil terus berjalan tanpa kesan?

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…