COVID-19: Stesen Kuarantin Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM), Sungkai Perak penempatan kontak rapat kes positif

oleh SALINA JALIL|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari facebook Ketua Pengarah Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia, Noor Hisham Abdullah, beliau telah memuatnaik bahawa satu penempatan kontak rapat kes positive kluster COVID-19 Hilir Perak akan terletak di Stesen Kuarantin Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM), Sungkai, Perak

 

Penempatan ini adalah bertujuan seperti berikut:-

 

-  Stesen Kuarantin adalah untuk mengasingkan individu berisiko dijangkiti atau menjangkiti individu lain bagi tujuan kawalan penularan COVID-19

 

- Stesen Kuarantin ILSM, Sungkai merupakan sebuah fasiliti pengajian yang sangat selesa dan terletak di kawasan sendiri, dikelilingi dengan taman yg hijau dan segar. Fasiliti ini juga memenuhi kriteria untuk kawalan penyakit berjangkit.

 

- Individu berisiko akan ditempatkan dalam bilik berseorangan yang selesa lengkap dengan kemudahan tandas di dalamnya. Kemudahan asas yang lain juga disediakan termasuk cerek, wifi, kelengkapan pembersihan diri, hand sanitizer, dan forehead thermometer.

 

- Penyediaan makanan adalah sebanyak 4 kali sehari turut disediakan di samping makanan ringan

 

- Sepanjang individu menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di sini, pemantauan kesihatan akan dijalankan setiap hari oleh pasukan perubatan yang bertugas. Sebarang gejala awal COVID-19 atau masalah kesihatan yang lain akan dapat dikesan awal dan ditangani dengan segera.

 

sungkai

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…