COVID-19: Singapura tutup sekolah dan pejabat

oleh HEZERI SAMSURI|
Kerajaan Singapura telah mengumumkan bahawa sekolah-sekolah dan kebanyakan pejabat dan tempat kerja ditutup bermula Selasa depan sebagai satu cara untuk menangani penularan wabak COVID-19.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong membuat pengumuman tersebut tadi di satu sidang media.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kebanyakan tempat kerja akan ditutup, kecuali perkhhidmatan penting dan sektor-sektor ekonomi utama. Sistem persekolahan akan menggunakan cara persekolahan di rumah.

Keputusan dibuat setelah beberapa kes COVID-19 dikesan di negara itu.

Antara perincian pengumuman tersebut ialah:

  •  Pasar, tempat penjualan makanan, pasaraya, klinik, hopsital, agensi keperluan asas, pengangkutan dan perkhidmatan utama bank akan terus dibuka.
  • Sektor ekonomi yang strategik dan terbabit di dalam pusat pengedaran global tidak akan ditutup.
  • Tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak akan ditutup, tetapi masih memberikan perkhidmatan terbatas untuk anak-anak mereka yang terpaksa bekerja.

Presiden itu juga berkata Singapura akan mengumumkan pakej stimulus ekonomi tambahan.

Minggu lalu ia membentangkan pakej rangsangan ekonomi bernilai S$48 bilion
untuk melawan wabak merbahaya itu.

Sehingga April 2, Singapura mempunyai 1,049 kes positif COVID-19 dan lima kematian.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…