COVID-19: Singapura laksana denda terus S$300 jika ingkar arahan langkah pemutus litar

oleh HEZERI SAMSURI|
Singapura akan terus mengenakan penalti S$300 bermula hari ini bagi mereka yang tidak mengikuti langkah pemutus litar (circuit breaker) dalam memastikan wabak coronavirus tidak tersebar.

Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air untuk Singapura, Masagos Zulkifli berkata semalam sahaja pihaknya mengeluarkan 3,000 surat amaran keras dan beliau berpendapat penalti yang lebih berat diperlukan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Atas dasar itu, MAsagos berkata pegawai penguat kuasa tidak akan lagi mengeluarkan amaran bertulis bermula hari ini.

Mana-mana pesalah yang ditahan akan diminta butiran dan dikenakan terus denda S$300 untuk kesalahan pertama. Kesalahan berulang akan dikenakan hukuman lebih berat dan akhirnya didakwa di mahkamah.

Kebanyakan kesalahan berlaku di pusat penjaja dan di pasar. Pada hari pertama arahan pemutus litar berlangsung (7 April), lebih dari 7,000 nasihat bertulis dikeluarkan untuk orang ramai yang ingkar.

Pihak kerajaan Singapura juga memutuskan bahhawa bermula esok 13 April, semua pengunjung pasar basah perlu memakai penutup hidung dan mulut.

Ada 40 pasar yang dibenarkan beroperasi dan ia diuruskan oleh Agensi Alam Sekitar Negara atau pengendali yang dilantiknya.

* Sumber berita asal Bernama


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…