COVID-19 - SIC tak mungkin anjur MotoGP kali kedua musim ini

oleh Mohamad Hanif|
Berikutan wabak pandemik COVID-19 yang kini mula merebak sehingga ke peringkat global, ia secara tidak langsung memberikan kesan kepada acara-acara besar yang selama ini mewarnai kalendar automotif dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beberapa acara berprestij seperti Geneva Motor Show dan New York Auto Show telah pun dibatalkan dan ditunda sehingga ke satu tarikh yang belum dapat dipastikan lagi. 

Ia juga sudah tentu memberi kesan kepada acara permotoran yang lebih besar seperti MotoGP, Formula One dan juga kejohanan Formula-E. 

Merujuk kepada berita terkini, penganjur MotoGP nampaknya terpaksa menangguhkan Argentina GP yang sepatutnya berlangsung pada 17-19 April ini kepada tarikh 20-22 November. 

Berikutan wabak coronavirus yang semakin meluas di Catalunya, Perancis dan Sepanyol bakal menyebabkan tiga pusingan pertama MotoGP itu berhadapan dengan kemungkinan musim tertunda bermula di Jerman atau Belanda pada akhir bulan Jun kelihatan sangat nyata.


 


Menurut CEO Sepang International Circuit, Dato' Razlan Razali dalam satu kenyataan menolak kemungkinan untuk mengadakan perlumbaan kedua MotoGP berikutan wabak coronavirus itu. 

"Melihatkan kepada situasi semasa, serta saranan daripada Kementerian Kesihatan, kami amat mengutamakan keselamatan para peminat MotoGP, pelumba, pasukan, staf serta individu yang terlibat secara langsung dengan perlumbaan MotoGP. 

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan semua orang supaya berwaspada sepanjang masa, dan berharap agar semua pihak dapat menikmati perlumbaan kegemaran semula.

 


Formula One pula nampaknya 'kebal' dengan kemaraan jangkitan coronavirus apabila mereka bersepakat meneruskan perlumbaan Bahrain GP tanpa sebarang kehadiran penonton. 

Namun, perkara yang serupa tidak boleh diaplikasikan kepada Vietnam memandangkan Hanoi telah pun mengeluarkan kenyataan yang memungkinkan mereka membatalkan penganjuran perlumbaan melihatkan kepada keadaan yang semakin membimbangkan. 

Sementara itu, laman Top Gear melaporkan pasukan F1 McLaren Racing telah mengesahkan penarikan diri daripada Australian GP setelah salah seorang daripada ahli pasukan disahkan positif coronavirus.

McLaren menyebut, individu tersebut telah pun diuji dan diasingkan serta-merta setelah, namun CEO Zak Brown dan prinsipal pasukan Andreas Seidl telah pun membuat keputusan untuk tidak meneruskan perlumbaan hujung minggu ini di Melbourne. 

Di negara jiran, Indonesia pula, kejuaraan Formula E yang dijadualkan berlangsung pada bulan Jun ini telah pun dibatalkan selain menyusun semula jadual perlumbaan untuk pusingan Sanya E-Prix, China. 

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…