COVID-19: Semua penghantar makanan boleh beroperasi semasa Ramadhan tetapi perlu jalani saringan kesihatan

oleh HEZERI SAMSURI|
Kesemua syarikat yang menyediakan perkhidmatan e-hailing dan juga menghantar makanan dibenarkan beroperasi semasa bulan Ramadhan.

Menteri Kanan Kluster Kesihatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata lebih dari 40 syarikat terbabit dibenarkan beroperasi seperti biasa semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerarakan (PKP) dalam bulan puasa yang bermula minggu hadapan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Namun begitu beliau menegaskan kesemua penghantar yang beroperasi perlu disaring di klinik kesihatan kerajaan atau klinik swasta berdekatan.

"Semua syarikat e-hailing yang beroperasi akan menerima arahan berkaitan saringan itu dari Kementerian Pengangkutan sementara restoran makanan segera akan menerima pekeliling dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna," ujar Ismail.

Tidak diterangkan tempoh saringan perlu dilakukan kerana saringan sekali sahaja pastinya tidak mencukupi. 

* Laporan asal dari The Sun Daily

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…