COVID-19: Semua laluan ke Kuala Sanglang ditutup hari ini!

oleh SALINA JALIL|
Semua laluan keluar masuk ke Kuala Sanglang, Perlis akan ditutup sepenuhnya pada hari ini bermula jam 8 pagi, bagi membendung penularan wabak COVID-19.


Polis juga akan memperketat kawalan di tiga laluan tikus, iaitu satu di Kampung Tanah Timbul dan dua di Kampung Kuala Sanglang, dengan kedua-dua kampung itu kini dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, berkata semua penduduk di Kampung Tanah Timbul menjalani saringan kelmarin.

 

Katanya, penduduk Kampung Kuala Sanglang akan mengambil ujian COVID-19 dan selepas proses saringan selesai, semua jalan akan mula ditutup bermula hari ini.

 

"Penduduk di kedua-dua kampung itu tidak dibenarkan keluar rumah dan mereka perlu melakukan kuarantin di rumah sehingga tempoh TEMCO tamat," katanya kepada pemberita, semalam.

 

Beliau berkata, hanya ketua keluarga dibenarkan keluar untuk mendapatkan keperluan makanan terhad di kawasan TEMCO sahaja.

 

Sementara itu, Surina berkata, polis tidak mengeluarkan sebarang surat membenarkan mana-mana individu keluar masuk kawasan TEMCO, sebaliknya surat kebenaran hanya dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

 

 

 

BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…