COVID-19: Sembilan lokasi SJR (sekatan jalan raya) di PJ dihentikan!

oleh SALINA JALIL|
Sembilan lokasi sekatan jalan raya (SJR) di sekitar Petaling Jaya dihentikan bagi mengelak kesesakan lalu lintas susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lokasi SJR terbabit adalah di Plaza Tol Lebuhraya Pantai Baru (NPE) PJS 2, Tol Subang, Plaza Tol Sungai Buloh, Plaza Tol Kota Damansara, Plaza Tol Damansara, Kilometer 34.1 Lebuhraya Persekutuan (arah Kuala Lumpur-Klang), Persiaran Surian dan kedua-dua hala di Jalan Royal Chulan.


"Berikutan itu, satu SJR baharu akan dilakukan di Jalan Klang Lama berhadapan Wisma Ann Joo.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Selain itu, tiga lokasi SJR yang masih beroperasi adalah di Jalan PJS 5/45, Jalan Persiaran Mohagani, Jalan Persiaran Jati (Seksyen 8) dan Jalan Persiaran Sungai Buloh.

 

"Pengguna jalan raya dinasihat menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Persiaran Kenanga-Tol Kota Damansara, Jalan Persisiran Surian-Palm Spring Kota Damansara dan Jalan Persiaran Tropicana-Casa Tropicana," katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Nik Ezanee berkata, perubahan lokasi dan penutupan SJR itu bertujuan bagi mengatur semula gerak petugas keselamatan dengan penugasan mobiliti di kawasan tumpuan ramai seperti pasar raya, pasar awam, pusat komersil dan tempat riadah.

 

"Kami juga akan menggerakkan petugas sedia ada ke penugasan PKPB untuk penugasan rondaan, Op Cantas serta tugasan pencegahan jenayah.

 

"Orang ramai dinasihatkan supaya terus mematuhi PKPB fasa keempat ini bagi memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.

 

"Polis mengucapkan terima kasih kepada pengguna jalan raya khususnya masyarakat di daerah ini yang sabar sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama," katanya.

 

 

 

sumber: HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut merupakan pencapaian penting untuk smart Malaysia dengan pelancaran rangkaian…
Berita Domestik
Mahkamah juga mengarahkan tertuduh dipenjara sebulan jika gagal membayar denda berkenaan. Mengikut…
Berita Domestik
  "Rakaman video itu memaparkan sebuah kereta dipandu di lorong motosikal di lokasi terbabit yang…