COVID-19: Selangor umum tambahan larangan

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tengahari tadi telah mengumumkan kawalan tambahan untuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi negeri Selangor.

Ia berkuatkuasa serta merta sehingga 31 Mac 2020 seperti yang diumumkan melalui PKP dari kerajaan persekutuan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara arahan tambahan yang penting ialah:

  • Restoran, gerai makanan dan kedai serbaneka hanya boleh dibuka dari jam 6 pagi hingga 12 malam semasa PKP.
  • Perkhidmatan food truck tidak dibenarkan.
  • Pasar tani dan pasar malam juga tidak dibenarkan beroperasi.
  • Bengkel dan kedai alatganti boleh dibuka antara jam 9 pagi hingga 4 petang.
  • Perkhidmatan tunda dibenarkan beroperasi 24 jam tanpa batas.
  • Stesen minyak juga boleh beroperasi selama 24 jam, tetapi kedai serbaneka di dalam stesen perlu ditutup pada jam 12 tengah malam.
  • Kesemua jenis kedai dobi dan basuh kenderaan tidak dibenarkan dibuka.

Di bawah ialah penerangan lengkap oleh kerajaan Selangor berkaitan tambahan larangan tersebut.

 

tambahan larangan selangor

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…