COVID-19: Rumusan perutusan Perdana Menteri dan pematuhan peraturan dan SOP

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan akan mengenakan kompaun lebih tinggi serta penjara kepada pesalah berulang atau pesalah yang diberi amaran kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, berkata arahan penutupan serta-merta premis perniagaan yang tidak mematuhi peraturan dan SOP ditetapkan kerajaan juga akan dikuatkuasakan.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

 

"Tindakan perundangan terhadap pemilik perniagaan, pemegang francais, operator francais dan pihak berkepentingan lain dalam rantaian organisasi perniagaan serta rantaian pengurusan pekerja asing meliputi majikan, ejen pembekal pekerja, kontraktor utama, sub-kontraktor dan orang perseorangan.

 

"(Selain itu) tindakan tatatertib ke atas penjawat awam yang tidak mematuhi peraturan dan SOP, termasuk ketua jabatan berkaitan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah," katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung hari ini.

 

Muhyiddin berkata, tindakan tegas itu diambil selepas Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat meneliti keperluan meminda peruntukan dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

 

Rumusan ucapan Perdana Menteri sebentar tadi adalah seperti berikut:

 

  • Peningkatan kes positif COVID-19 amat mendadak sehingga 5,000 kes sehari satu perkembangan membimbangkan

 

  • COVID-19: Kaedah terbaik pada masa ini ialah benarkan sektor ekonomi terus beroperasi, pada masa sama melaksana SOP yang lebih ketat

 

  • Pasukan Petugas Khas Pemantauan dan Penguatkuasaan PKP dianggotai pelbagai agensi, kementerian ditubuh pantau pematuhan SOP

 

  • COVID-19: Data terkini dapati 59% jangkitan berlaku di tempat kerja, 19% di pusat tahanan dan 14% di kediaman

 

  • Arahan penutupan serta merta premis perniagaan yang tidak mematuhi SOP antara cadangan pindaan Akta 342

 

  • Kerajaan dalam proses pinda akta tangani isu pengurusan tempat tinggal pekerja melalui tindakan penguatkuasaan lebih tegas

 

  • Dengan trend kenaikan kes positif pada masa ini, sistem kesihatan negara hampir mencapai breaking point

 

  • Hospital swasta akan diletakkan di bawah pengoperasian Hospital Kluster dengan sektor awam di bawah Pusat Kawalan COVID-19 Bersepadu

 

  • RM27 juta diperuntuk untuk kerjasama dengan 31 hospital swasta untuk penyumberluaran rawatan sebahagian pesakit bukan COVID-19

 

  • Kerajaan ambil alih sementara kem PLKN, Wawasan sebagai pusat tahanan, kuarantin dan penjara sementara

 

  • Kerajaan akan mulakan roll-out pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada akhir Februari 2021

 

  • Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan: Fasa pertama akan libat 500,000 petugas barisan hadapan

 

  • Lebih 600 pusat simpanan yang juga bertindak sebagai pusat pemberian vaksin akan dibuka di seluruh negara

 

  • YB Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

 

  • Perdana Menteri akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk bubar Parlimen sebaik penularan COVID-19 reda

 

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Pihak JSPT akan siasat kejadian yang berlaku dan daripada segi pematuhan kepada prosedur operasi…
Berita Domestik
"Jadi, apa-apa prosedur yang tidak terpakai dan relevan pada EV ini kita perlu buat perubahan. Ini…
Berita Domestik
  Beliau berkata sejak 1 Okt hingga kini pihaknya telah melakukan pemeriksaan terhadap 8,838 orang…