COVID-19: Respon Malaysia keempat paling ketat di Asia Tenggara

oleh HEZERI SAMSURI|
Kajian terkini menunjukan tindakan kerajaan Malaysia menangani wabak coronavirus adalah yang keempat paling tegas di wilayah Asia Tenggara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Oxford Covid-19 Government Response Tracker yang dihasilkan oleh Blavatnik Schhool of Government, dari Universiti Oxford, Malaysia berada di tangga keempat selepas Laos, Vietnam dan Filipina.

 

 

 

Sebanyak sembilan negara Asean dikaji dan diukur melalui tujuh penanda, dan dikira menggunakan skala indeks 0 hingga 100.

Indeks tinggi bermakna peraturan COVID-19 yang lebih ketat dikenakan kepada sekolah, tempat pejabat, larangan pergerakan, pembatalan acara umum, penutupan pengangkutan awam dan pelbagai aspek lain.

Malaysia mendapat markah 85.71, sama seperti Thailand.

Kedudukan Malaysia di tangga global pula ialah negara yang ke-51 paling ketat di antara 122 negara yang dikaji.

Kedudukan Malaysia sebenarnya lebih tinggi dari US, Britain dan Australia. Anda boleh lihat sendiri carta tersebut di laman web akhbar The Star. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…