COVID-19: Renault kurangkan tenaga kerja, ribuan demonstrasi bantah keputusan

oleh SALINA JALIL|
Ribuan pekerja melakukan demonstrasi di luar kilang Renault di utara Perancis, semalam, bagi membantah keputusan syarikat pengeluar kereta itu mengurangkan kira-kira 15,000 kakitangan di seluruh dunia, termasuk 4,600 di negara Perancis.


Pihak kesatuan mendakwa, kira-kira 8,000 pekerja menyertai protes itu di subsidiari syarikat berkenaan di Maubeuge, susulan langkah diambil Renault yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kilang mempunyai kira-kira 2,100 pekerja itu dilaporkan henti beroperasi sejak kelmarin.

 

Bawah rancangan baharu itu, pengeluaran kenderaan utiliti elektrik Kangoo yang berpangkalan di Maubeuge, akan berpindah ke Douai, terletak sejauh 70 kilometer yang dianggap amat menyulitkan pekerja.

 

"Ia umpama gempa bumi sedang berlaku. Kami mahu syarikat kekal berada di sini.

 

"Demonstrasi ini amat penting, walaupun sebagai langkah pertama, untuk membuktikan kepada kerajaan dan Renault bahawa pekerja serta penduduk di sini adalah komited kepada syarikat, dan bagi menunjukkan kami mempunyai sokongan," kata ahli kesatuan, Jerome Delvaux, kepada AFP.

 

Dalam pelan 'penyesuaian' diumumkan kepada kesatuan, Khamis lalu, Renault memaklumkan bahawa hampir 4,600 daripada sejumlah 48,000 pekerja di Perancis akan dikurangkan, serta lebih 10,000 lagi di seluruh dunia - kira-kira lapan peratus daripada tenaga kerja global syarikat itu.

 

 

AFP

 

- AFP

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di peringkat antarabangsa, Captur berada di dalam generasi kedua selepas diperkenal pada 2019. …
Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Kini terdapat sebuah lagi versi yang diperkenalkan oleh Alpine, iaitu A110 R Turini sebagai sebuah…