COVID-19 - Renault galakkan pengguna beli/langgan kereta menerusi E-Store

oleh Mohamad Hanif|
Merujuk kepada Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 Mac 2020, TC Euro Cars selaku pemegang francais kenderaan Renault di Malaysia telah mengambil langkah yang sewajarnya bagi mengurangkan kesan penularan wabak virus COVID-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun kesemua pusat pameran dan pusat servis ditutup sepenuhnya sehingga hujung bulan ini, Renault masih lagi mengaktifkan operasi bantuan tepi jalan untuk para pelanggan yang memerlukan ketika saat kecemasan. 

Selain daripada itu, para pelanggan Renault boleh menggunakan peranan E-Store untuk membeli atau melanggan mana-mana kenderaan Renault, serta melengkapkan transaksi tanpa perlu keluar dari rumah. 

TCEC juga turut menawarkan perkhidmatan penghantaran dari pintu-ke-pintu, dan setiap kenderaan akan disanitasi terlebih dahulu untuk tujuan keselamatan. 

Walaubagaimanapun, proses penghantaran hanya akan dibuat selepas 1 April 2020.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 1800-18-8663 yang dibuka setiap hari dari 8.00 pagi sehingga 8.00 malam. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di peringkat antarabangsa, Captur berada di dalam generasi kedua selepas diperkenal pada 2019. …
Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Kini terdapat sebuah lagi versi yang diperkenalkan oleh Alpine, iaitu A110 R Turini sebagai sebuah…