COVID-19 - PUSPAKOM Petaling Jaya ditutup serta merta

oleh SALINA JALIL|
Gambar Hiasan
Seorang kakitangan PUSPAKOM Petaling Jaya telah disahkan positif COVID-19 dan proses pengesanan kontak juga sedang dijalankan.


Semua kakitangan cawangan juga akan menjalani ujian saringan Covid-19, sementara mereka yang berhubung secara langsung dengan kakitangan tersebut telah diarahkan untuk menjalani kuaratin selama 14 hari.

 

PUSPAKOM telah mengambil langkah menutup cawangan PUSPAKOM Petaling Jaya di Selangor serta merta dan tiada operasi mulai Selasa, 12 Januari 2021 bagi melakukan proses sanitasi dan pembersihan secara menyeluruh.

 


Pembukaan semula PUSPAKOM Petaling Jaya akan dimaklumkan kelak. Bagi pelanggan yang mempunyai temujanji di PUSPAKOM Petaling Jaya, semua bayaran temujanji pemeriksaan yang telah dibuat akan dipulangkan secara automatik.

 

Sebagai alternatif, pelanggan yang telah membuat temujanji di PUSPAKOM Petaling Jaya boleh menjalani pemeriksaan secara walk-in dengan pembayaran secara tunai di cawangan seperti berikut.

 

branch open

 

Pelanggan perlu membawa slip pengesahan temujanji PUSPAKOM Petaling Jaya semasa hadir ke cawangan alternatif. tersebut.

 

 

PUSPAKOM akan sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menghadapi gejala ini. Sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan kepada pelanggan dari semasa ke semasa melalui Facebook rasmi PUSPAKOM.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Langkah tersebut bertujuan untuk mengukuhkan integriti dan mengekalkan amalan tertinggi bagi…
Berita Domestik
Pemilik yang ingin mendapatkan pemeriksaan percuma boleh hadir terus ke mana-mana cawangan PUSPAKOM…
Berita Domestik
Oleh itu, perkhidmatan pemeriksaan berkala itu akan dibuka kepada pihak yang berkelayakan serta…