COVID-19: PUSPAKOM dibuka untuk pemeriksaan kenderaan komersial

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan membenarkan kenderaan perdagangan diperiksa di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Bagaimanapun, pemilik perlu membuat temujanji pemeriksaan bagi memastikan kenderaan yang digunakan selamat untuk pengguna.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kelonggaran itu diberikan memandangkan pemeriksaan kenderaan perdagangan penting bagi memastikan keselamatan.

 

"Mana-mana kenderaan komersial yang perlu diperiksa boleh membuat temujanji dengan PUSPAKOM malah isu yang dibangkitkan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) juga kita sudah teliti.

 

"Mereka boleh membuat pendaftaran secara dalam talian dan jika perlu boleh membuat temujanji dengan PUSPAKOM dan Jabatan Pengangkutan Jalan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat menteri mengenai pelaksanaan PKP di Putrajaya, tengahari semalam.

 

 

 

sumber: BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ia juga bakal menarik minat pelabur-pelabur yang mahu membawa masuk teknologi terkini dalam…
Informasi
Katanya, ia dapat membantu mengenal pasti tahap keselamatan kenderaan menggunakan peralatan…
Berita Domestik
Dari jumlah itu, kira-kira 296,000 buah kenderaan dapat dihindarkan dari berada di atas jalan raya…