COVID-19: Pusat latihan, ujian memandu dibuka Isnin ini

oleh SALINA JALIL|
Semua pusat sektor latihan dan ujian memandu seluruh negara akan dibuka kembali bermula Isnin ini.


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan, waktu operasi institut memandu dan proses mengeluarkan lesen akan dibuka bermula 8 pagi hingga 4 petang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


"Perkhidmatan dibenarkan membabitkan latihan pemanduan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) 01, 02 dan 03 serta pra ujian pemanduan (QTI).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Turut dibenarkan operasi adalah perkhidmatan ujian teori dan praktikal (litar dan jalan raya) serta Ujian Undang-undang Berkomputer di pusat ujian yang diiktiraf JPJ," kata agensi itu dalam kenyataan, semalam.

 

Menurut kenyataan itu, JPJ juga menetapkan prosedur operasi standard (SOP) selaras dengan ketetapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai langkah berjaga-jaga.

 

"JPJ sentiasa komited dalam memberikan khidmat bakti kepada masyarakat dan sentiasa berpadu tenaga untuk memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19.

 

"Orang ramai yang datang berurusan juga diingatkan supaya mematuhi segala arahan dikeluarkan dengan mengamalkan normal baharu.

 

"Ini termasuk pengamalan disiplin diri dengan mematuhi penjarakan sosial selamat sekurang-kurangnya satu meter, memakai pelitup muka serta menjaga kebersihan optimum seperti mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan cecair pembasmi kuman," katanya.

 

 

 

sumber:HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan kesemua suspek menerima wang rasuah daripada calon-calon peserta yang menghadiri ujian…
Berita Global
  Rakaman CCTV menunjukkan pemandu kereta tersebut gagal membelok ke kanan dengan sempurna dan…
Berita Global
Cha Sa-soon, 69, mula menduduki ujian bertulis pada April 2005 dan selepas gagal buat kali pertama…