COVID-19: Polis umum rakyat terkandas di kampung sudah boleh mohon balik ke rumah - DIKEMASKINI

oleh HEZERI SAMSURI|
Bagi mereka yang terkandas di kampung kerana balik semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan pada 16 Mac lalu.

Mereka boleh mula memohon bermula hari ini sehingga 29 April melalui aplikasi Gerak Malaysia yang boleh dimuat turun ke telefon pintar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Informasi yang perlu dimuatnaik ke dalam aplikasi itu ialah butiran peribadi seperti nama, nombor MyKad, alamat kediaman, nombor telefon dan emel.

Anda juga perlu memastikan aplikasi Gerak Malaysia itu boleh menggunakan fungsi GPS bagi mengesahkan lokasi semasa agar permohonan anda berjaya.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, aplikasi Gerak Malaysia digunakan untuk mengumpul data agar pihak berkuasa mampu mengenal pasti jumlah individu yang mahu pulang dan dengan itu menyediakan jadual perjalanan yang lancar.

 

 

Jadual perjalanan bagi pemohon sudahpun dikeluarkan:

  • 1 Mei - perjalanan dari Perak, Johor dan Kelantan
  • 2 Mei - perjalanan dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang
  • 3 Mei - perjalanan dari Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Trengganu

Perjalanan perlu dilakukan pada hari yang ditetapkan MENGIKUT PERMIT PERGERAKAN YANG DILULUSKAN. 

Pemohon perlu memastikan mereka ada akses untuk aplikasi Gerak Malaysia supaya mereka dapat menjana kod QR pada hari mereka dibenarkan bergerak pulang.

Ini ialah kerana pihak berkuasa akan memeriksa kod QR itu untuk memastikan mereka yang mempunyai kebenaran sahaja dibenarkan membuat perjalanan jauh itu.

 

 

 

Selain dari permohonan rentas negeri, aplikas Gerak Malaysia juga mempunyai fungsi-fungsi untuk memproses permohonan permit lain:

  • Pergerakan hal kecemasan
  • Pergerakan mendapat perubatan
  • Pergerakan keperluan asas (membaiki kenderaan dan sebagainya)
  • Membeli keperluan asas (dalam lingkungan 10 km dari kediaman)

Namun begitu, fungsi-fungsi itu belum beroperasi sekarang kerana hanya permohonan merentas negeri sahaja yang akan diproses.

Seperti surat kebenaran beroperasi oleh MITI, pihak berkuasa akan hanya perlu mengimbas kod QR oleh aplikasi ini semasa sekatan jalanraya.

Aplikasi Gerak Malaysia boleh dimuat turut menerusi App Store untuk pengguna produk Apple dan Play Store untuk peranti Android (selain dari Apple).

Untuk yang tidak mempunyai telefon pintar, mereka boleh membuat permohonan di balai polis berhampiran.

* Laporan terkini Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jadual perjalanan bermula pada 1 Mei itu tidak benar sama sekali.

Baca laporan terkini isu ini di sini

careta.my/article/covid-19-polis-boleh-balik-pada-1-3-mei-menteri-belum-boleh-lagi-la

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…