COVID-19: Polis tubuh ‘Jammed Squad’, pantau dan hurai kesesakan lalu lintas

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menubuhkan pasukan ‘Jammed Squad’ Bukit Aman yang menggunakan motosikal untuk melakukan pemantauan dan menyuraikan kesesakan trafik di sekatan jalan raya (SJR) Op Covid-19 di seluruh negara.


Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata pasukan itu terdiri daripada 20 pegawai dan anggota JSPT juga melakukan pemantauan udara menggunakan dron.

Modenas

 

"Selain itu, kita juga membuka laluan khas kepada kenderaan perkhidmatan penting dan barisan hadapan di setiap SJR bagi mengelakkan kesesakan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

 

Azisman berkata, tindakan segelintir individu yang bukan kategori perkhidmatan penting keluar pada waktu puncak sepanjang tempoh PKP menyebabkan kesesakan ‘luar biasa’ di beberapa lokasi SJR terutama di Lembah Klang.

 

patrol

 

"Berdasarkan analisis di beberapa lokasi mendapati kesesakan berlaku pada dua waktu puncak terutama hari bekerja iaitu antara jam 7 pagi hingga 1 tengah hari serta 4 petang hingga 9 malam.

 

"Kita telah mengenal pasti beberapa lokasi di empat kontinjen yang mengalami kesesakan hingga lebih satu kilometer pada satu masa membabitkan enam lokasi di Kuala Lumpur, Selangor (lima), Melaka (empat) dan satu di Johor," katanya.

 

"Selain itu, kesesakan juga disebabkan pertambahan kenderaan apabila ada tambahan sektor perkhidmatan penting yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

 

"Pada masa sama, saya menasihatkan kenderaan perdagangan supaya dapat mengubah waktu penghantaran pada waktu bukan puncak bagi mengelak kesesakan,” katanya.

 

Lokasi ‘panas’ kesesakan di SJR:

 

Kuala Lumpur

 

1. Jalan Cheras hadapan Cheras Eko Mall

2. Jalan Travers menghala Bangsar

3. Lebuhraya Bukit Jalil menuju Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban

4. Jalan Loke Yew ke IPD Dang Wangi

5. Jalan Kuching ke susur Jalan Sultan Ismail

6. Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban ke pusat bandar

 

Selangor

 

1. Jalan Sungai Buloh-Kepong (Seira Mas)

2. Laluan Sungai Ramal ke Putrajaya

3. Jalan hadapan IOI Mall Puchong

4. MRR2 dari Kepong ke Bulatan Batu Caves

5. Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya berhampiran pintu gerbang

 

Melaka

 

1. Jalan Limbungan

2. Jalan Malim/Balai Panjang

3. Lebuhraya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ)/Semabuk

4. Jalan Batu Berendam

 

Johor

 

1. Jalan Pantai Lido

 

 

 

BH

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
Pada awal Jun lalu, AirAsia telah mengurangkan lebih 250 pekerjanya akibat penularan COVID-19…
Berita Global
Pengumpulan dana ini dibuat setelah Nissan mencatatkan kerugian terbesar dalam tempoh 20 tahun,…
Berita Domestik
Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata Prosedur Operasi Standard (SOP) di daerah…