COVID-19: Polis sudah mula periksa rumah!

oleh HEZERI SAMSURI|
Polis daerah Kangar hari ini sudah mula membuat pemeriksaan mengejut dari rumah ke rumah di kawasan itu untuk memastikan tidak ada warga yang balik beraya di kampung halaman menggunakan jalan-jalan tikus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, sebanyak 25 buah rumah telah diperiksa dari jam 8 pagi tadi.

Beliau mengakui ramai penduduk yang terkejut dengan ketibaan pasukan polis itu kerana tidak sangka polis akan berbuat sedemikian.

Tinjaun juga turut dilakukan di pasar-pasar tumpuan penduduk sempena sambutan Aidilfitri esok.

Setakat ini, tidak ada kompaun yang diberikan  dan pihak polis mengingatkan semua agar memastikan penjarakan sosial dan berusaha untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

* Laporan asal dari Berita Harian
** Gambar utama cuma hiasan

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…