COVID-19: Polis, pegawai imigresen positif COVID-19, pintu sempadan Sadao tutup

oleh SALINA JALIL|
Pintu sempadan Sadao di Songkhla, selatan Thailand diarah tutup selama tujuh hari bermula hari ini berikutan sekurang-kurangnya empat pegawai imigresen dan polis Thai yang bertugas di pintu sempadan itu disahkan positif koronavirus (Covid-19).


Arahan itu dikeluarkan Gabenor Songkhla, Jaruwat Kliangklao pada hari semalam.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

 

Penutupan pintu sempadan Sadao yang dibuka semula pada Sabtu lepas untuk kemasukan warga Thailand yang terkandas di Malaysia akan ditutup bermula hari ini sehingga 29 April ini.

 

Jaruwat berkata, penutupan itu membolehkan operasi disinfeksi dilakukan.

 

“Berikutan penutupan pintu sempadan Sadao, warga Thai yang telah mendaftar untuk pulang dari Malaysia boleh menggunakan pintu sempadan Padang Besar di Songkhla,” katanya.

 

Bermula Sabtu lepas, lima pintu sempadan Thailand-Malaysia dibuka semula membolehkan warga Thai yang terkandas di Malaysia pulang.

 

Mereka yang pulang perlu menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari. Sehingga hari ini, kira-kira 1,600 warga Thai telah pulang ke tanah air.

 

 

 

- Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…