COVID-19: Polis - Boleh balik pada 1-3 Mei; Menteri - Belum boleh lagi la!

oleh HEZERI SAMSURI|
Kerajaan tidak pernah menetapkan bahawa 1 hingga 3 Mei ini ialah tarikh pergerakan merentas negeri sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang disebut oleh polis Malaysia sebelum ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, orang ramai yang ingin pulang DARI kampung KE bandar boleh membuat permohonan mulai aplikasi Gerak Malaysia atau di balai polis berhampiran bermula pada 1 Mei ini sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau menambah segala input dan maklumat kemudian akan dikumpulkan dan dibincangkan untuk ditentukan prosedur operasi standard (SOP) yang terbaik.

Ismail bagaimanapun dilaporkan mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana walaupun belum bermesyuarat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), mereka sudah mencadangkan SOP yang amat baik.

Ismail berkata perbincangan perlu dilakukan bersama MKN dan KKM dahulu sebelum ia dijalankan.

Beliau juga peraturannya masih perlu diperhalusi. Contoh terbaik ialah arahan satu penumpang untuk satu kereta sahaja - menjadikan masalah kerana untuk berkeluarga, anda perlu memiliki lebih dari dua orang.

"Tak kan ketua keluarga kena tinggal keluarganya di kampung?

Untuk yang tidak mempunyai kenderaan pula, adakah pihak kerajaan perlu menyewa bas? Banyak lagi perkara yang perlu dibincangkan," ujar beliau kepada Astro Awani

Careta akan memantau isu ini dan akan memberikan laporan sebaik sahaja ada perkembangan.

* Laporan asal dari Astro Awani 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…