COVID-19: PLUS tutup lorong tambah nilai di Plaza Tol

oleh SALINA JALIL|
PLUS Malaysia Bhd (PLUS) menutup operasi tambah nilai di semua plaza tol kendaliannya dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19, bermula semalam (Khamis) sehingga 31 Mac ini.


PLUS memaklumkan, penutupan itu antara strategi menjarakkan diri secara selamat dan mengurangkan risiko jangkitan antara kakitangan di plaza tol dan pelanggan lebuh raya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"PLUS menasihatkan supaya pelanggan lebuh raya merancang perjalanan mereka terlebih dahulu dengan menambah nilai Touch 'n Go lebih awal di pusat tambah nilai yang disediakan di seluruh negara.

 

"Kemudahan tambah nilai antaranya menerusi Kiosk Layan Diri (SSK) yang terdapat di 67 lokasi di kawasan rehat dan rawat (R&R) terpilih, mesin pengeluaran wang automatik, stesen minyak dan kedai serbaneka," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

 

Dalam pada itu, PLUS memaklumkan semua R&R dibuka ketika ini namun terhad kepada perkhidmatan jualan makanan dan minuman secara bungkus sahaja, manakala ruang makan di tutup kepada orang ramai bagi mengelakkan pelanggan berkumpul.

 

PLUS turut mengingatkan pelanggan yang berhenti untuk membeli makanan di R&R supaya beratur dalam jarak satu meter antara satu sama lain dan hanya seorang wakil dari setiap kenderaan dibenarkan untuk keluar membeli makanan.

 

"Bagi pelanggan yang beragama Islam, PLUS menasihatkan supaya membawa sendiri kelengkapan beribadat seperti sejadah, kain pelikat atau telekung untuk bersolat di surau R&R," katanya.

 

pc 1

Info: PLUS

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…