COVID-19 - PLUS tangguh laksana RFID

oleh Mohamad Hanif|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan mengumumkan penundaan pelaksanaan sistem kutipan tol menggunakan tag RFID yang dijadualkan pada 1 April ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penangguhan ini melibatkan kesemua plaza tol sistem tertutup di PLUS dan LPT2 berikutan penularan wabak pandemik COVID-19 yang semakin membimbangkan.

Sehubungan dengan itu, kesemua sistem ujian berkaitan sistem tersebut dihentikan buat sementara waktu demi menjaga keselamatan dan kesihatan kakitangan PLUS, serta pengguna lebuh raya.

Kerja-kerja persiapan akan disambung semula selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berakhir, menyaksikan kesemua 83 buah plaza tol sistem tertutup di Lebuhraya PLUS dan LPT2 akan dilengkapi dengan kemudahan pembayaran tol RFID.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…