COVID-19: PLUS salur RM1.2 juta ke dua buah hospital

oleh SALINA JALIL|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) turut menyalurkan bantuan kepada pasukan perubatan yang terlibat dalam menangani wabak Covid-19.


PLUS memperuntukkan RM1.2 juta kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Sungai Buloh (HSB) dalam bentuk peralatan perlindungan peribadi dan peralatan perubatan bagi membantu kedua-dua hospital tersebut menangani Covid-19.



“Ketika seluruh tenaga kerja daripada HKL dan HSB memberi fokus untuk merawat pesakit Covid-19, PLUS ingin membantu dalam proses perolehan di mana kami akan membeli terus dari pembekal dan menyelaraskan penghantaran peralatan ke kedua-dua buah hospital terbabit.


Inilah penglibatan dan bantuan yang kami boleh lakukan bersama untuk mengurangkan beban pasukan perolehan hospital tersebut dalam detik yang mencabar ini,” kata Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

“Bagi pihak Hospital Kuala Lumpur, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan kesyukuran kepada PLUS atas komitmennya untuk menghulurkan bantuan Peralatan Perlindungan Peribadi dengan kos kira-kira RM938,000 untuk memastikan keselamatan kakitangan perubatan di Pusat Saringan dan Wad Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur. Sumbangan yang disalurkan ini sangat membantu Hospital Kuala Lumpur untuk menangani wabak Covid-19,” kata Datuk Dr Heric Corray, Pengarah Hospital Kuala Lumpur.

 

“Hospital Sungai Buloh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PLUS atas sumbangan peralatan perubatan yang amat diperlukan untuk memulihkan pesakit-pesakit Covid-19. Sumbangan ini juga adalah bantuan yang amat dialu-alukan dalam usaha kita mengatasi pandemik Covid-19 ini,” kata Dr Kuldip Kaur, Pengarah Hospital Sungai Buloh.

 

“Wabak Covid-19 ini telah menjangkiti lebih daripada satu juta orang di seluruh dunia dan di Malaysia sahaja lebih daripada 3,000 telah diuji positif. Melihat dari sudut yang positif, lebih daripada 1,000 rakyat Malaysia telah pulih daripada virus tersebut. Kami berharap dengan bantuan yang kami salurkan kepada HKL dan HSB ini berupaya untuk menyumbang kepada kadar pemulihan yang lebih tinggi,” tambah Datuk Azman.

 

PLUS menyokong segala usaha Kerajaan untuk menangani wabak Covid-19 dan terus mengingatkan semua rakyat Malaysia agar terus kekal berada di rumah di samping menjaga keselamatan dan kesihatan bersama keluarga masing-masing bagi membendung penularan wabak Covid-19.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Hasbullah, sistem HS WIM itu boleh beroperasi…
Berita Domestik
Oleh itu, PLUS menyarankan semua pengguna lebuh raya supaya dapat merancang perjalanan mereka dan…
Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…