COVID-19: PKP mungkin dipanjangkan sehingga selepas 28 April tetapi lebih banyak sektor dibuka - Menteri

oleh HEZERI SAMSURI|
Malaysia mungkin akan memanjangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga selepas 28 April tetapi lebih banyak sektor industri dibenarkan beroperasi.

Menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata demikian dalam wawancara beliau bersama agensi berita Reuters hari ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kebenaran lebih banyak industri untuk beroperasi adalah satu usaha kerajaan Malaysia untuk mengimbangkan faktor kesihatan dan juga ekonomi akibat wabak coronavirus.

Sehingga kini, kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelan rangsangan ekonomi bernilai RM260 bilion untuk menangani impak COVID-19 terhadap ekonomi negara.

Bank Negara meramalkan ekonomi negara akan menguncup sebanyak dua peratus atau ia boleh berkembang sebanyak 0.5 peratus - prestasi ekonomi paling teruk dalam tempoh lebih dari satu dekad ini. Tahun lalu, Malaysia mencatatkan perkembangan ekonomi sehingga 4.3 peratus.

Azmin berkata prestasi ekonomi negara akan bergantung kepada dua rakan niaga utama Malaysia - China dan US.

Azmin juga menerangkan bahawa kerajaan Malaysia sedang mencari solusi untuk menjana dana bagi menampung pakej rangsangan tersebut dengan cara menggunakan bajet yang dikhaskan untuk kementerian-kementerian seperti sektor pelancongan.

Namun begitu, kejatuhan harga minyak dunia yang mendadak telah menimbulkan isu lain.

Walaupun Petronas adalah penghasil gas cecair ketiga terbesar dunia, Malaysia telah pun bersetuju dengan OPEC dan rakan-rakan sekutu untuk menurunkan jumlah pengeluaran bagi menaikan harga pasaran untuk bahan api tersebut.


* Laporan asal dari Reuters 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…